Saturday, June 13, 2009

Entri ke 101

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 8:47 PM
Sudah lama saya meninggalkan blog ni..
Habuk-habuk yang ada membuatkan saya terbesin sendiri...
Semester baru sudah nak masuk minggu ketiga.
Alhamdullilah berjalan lancar.
Tugasan mula diterima.
Semester ni ada 3 subjek law dan Bahasa Arab.
Agak mencabar semester ini.
Pensyarah-pensyarah yang mengajar kami sering berpesan dan memberi kata-kata semangat buat kami.
Alhamdullilah sehingga saat ini,saya masih berpeluang meneruskan pembelajaran di medan ilmu.
Semoga kita semua terus tabah meneruskan perjuangan dalam bidang masing2.
Buat sahabat-sahabat yang sedang bercuti semester,jaga diri baik-baik.
Semoga kalian dapat mengisi masa lapang yang ada dengan perkara yang bermanfaat.

Petang tadi saya terima satu mesej:

''Ting tong''
bunyi ''handphone'' saya menyapa..
tazkirah bersama:
fahami dan hayatilah hadis junjungan besar kita..
Ketika sepertiga waktu malam masih lagi tersisa
Allah turun ke langit dan menyeru kepada hamba-Nya..
"Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku supaya Aku mengabulkan permintaannya?Adakah di antara hamba-Ku yang meminta ampun kepada-Ku supaya Aku mengampuninya?Adakah di antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku supaya Aku memenuhinya" RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM....

Terima kasih buat sahabatku yang jauh atas sms ini..

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea