Friday, May 29, 2009

Ya Allah,terkejutnya saya!

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:56 PM
Terkejutnya saya!Kisah ni berlaku petang ni sewaktu saya berada di ampaian kain.Saya keluar masuk dalam dan luar rumah.Mak pergi rumah kawan,ada majlis.Sebelum tu saya ada terdengar suara orang panggil jiran sebelah.Oleh sebab jiran sebelah ni ni India,jadi dia panggil ''aci''.Naluri hati saya dah berkata mesti penjual ni,dah lama tak de penjual datang ke kawasan ni.Secara spontan,saya terus lari dan tutup pintu rumah.Sambil tu saya intai dari tingkap sebab lepas ni dia pergi rumah saya.Saya tunggu beberapa minit,tak de pun.Jadi,saya pun ambil keputusan nak sambung balik kerja saya.
Tiba-tiba,''assalamualaikum''!Suara sape pulak ni.Memang gugur jantung saya,tak tau kenapa.Mat Bangla tercegat depan pintu pagar rumah saya.Ya Allah,degup2 saya dibuatnya.Ingatkan tak datang dah.Rupanya datang juga.Saya pun jawab salam dan terus kata tak nak.Saya pun tak tau apa dia nak jual.Saya tak tengok dah terus masuk dalam rumah.Walaupun saya terkejut tapi saya tahu Allah sentiasa ada..Lucupun ada jugak.Tak tau mcm mana rupa saya waktu tu=?

Kisah ni sebagai pengajaran.
Berhati-hati dengan org yg tak dikenali....
Semoga Allah sentiasa melindungi kita.=D

2 comments:

katib bahanji said...

jaga diri baik2..
jaga mak baik2..
moga sentiasa dilindungi Allah!

~Nor Halimah~ said...

inshaAllah...
jaga diri baik2 juga..

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea