Thursday, May 28, 2009

3 hari lagi....

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 4:40 PM
Tak lama lagi nak masuk sem baru.Em...tak sabar rasanya.Pejam celik pejam celik dah nak habis cuti.Tinggal 3 hari lagi.Hari Sabtu ni da kena g KL.Ahad ada kenduri kat Taman Maluri,KL.Lepas kenduri terus balik Nilai.
Hari ni?Pagi tadi pergi keluar dengan mak.Mak temankan g cari barang sikit.Huhu.Jumpa lagi dengan anak murid mak tuh.Setiap kali pergi Popular,mesti jumpa dia.Of course dia takkan tegur saya sebab dia ''confuse'' dengan saya.Haha! Sebab dia takut salah orang.Dia takut saya ni Aisyah.Salah kitaorg jg,dia pernah nampak saya jalan dengan Aisyah dan dia ingat kami kembar.Mmg rupa kami agak sama kowt.Ni bukan kali pertama.Dah banyak kali org kata cam tuh.Teringat masa nak naik bas kat Gombak.Pelik semacam cara driver tu tengok.Bila kami dah naik,baru dia tanya..Kembar ye? Kadang-kadang kami iyakan saja.Senyum je..=)Berbalik semula cite asal.Tadi sepatutnya g jumpa kawan2 lama masa sekolah rendah.Tapi saya perlu batalkan hasrat saya ke sana.Coz mak lg penting.Alhamdullilah mak dah semakin sihat.Risau saya.Ujian kali ni membuatkan saya teringat kembali seribu kenangan 2 tahun lepas.Apapun semoga kesihatan mak semakin baik.Risau saya nak balik Nilai...Harap jiran-jiran tolong tengokkan mak.Sayang mak!
Masa g keluar tadi,mata saya asyik memandang pak cik dan mak cik yang sudah berumur membonceng motosikal dan memandu kereta.Terdetik di hati saya,risaunya terutama yang bonceng motosikal..Apapun semoga semuanya selamat tiba dan pulang ke destinasi yang dituju.
Oklah petang ni nak keluar lagi.Kejap lagi.Nak tukar barang.Ada masalah..K salam..

Sayang semua!=)

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea