By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

BOOK FAIR Sesi bersama Dr.Irfan Khairi jom masuk!!! ramainya Salam... Hari ni saya berpeluang menjejakkan kaki ke pameran buku terbesar yan...

A journey to Book Fair,PWTC

BOOK FAIR
Sesi bersama Dr.Irfan Khairi
jom masuk!!!
ramainya

Salam...
Hari ni saya berpeluang menjejakkan kaki ke pameran buku terbesar yang diadakan setiap tahun di PWTC.Pengalaman hari ini cukup bermakna.Boleh dikatakan hampir kesemua gerai telah saya lawati.Saya pergi bersama Fizah,sahabat saya di UIA.Di sana saya bertemu dengan beberapa orang teman.Terserempak juga dengan Nabil(Far-east),salah seorsng kumpulan hijjaz dan Dr.Irfan Khairi.

Entri saya kali ini lebih kepada perkongsian ilmu yang saya temui daripada buku-buku yang saya beli.Antaranya,Solusi,Sejarah Para Nabi dan Rasul dan Ketika Cinta Berbuah Surga.
Saya masih lagi dalam proses membaca kesemua buku tersebut.Saya baru habis baca buku Solusi No1,banyak manfaatnya.Dengan barisan panel yang mantap,sudah pasti isinya juga hebat.
Ketika Cinta Berbuah Surga,setakat yang saya baca memaparkan kisah berunsurkan islam.Kisah-kisah di dalamnya membuatkan kita berfikir tentang hikmahnya.Karangan Habiburrahman El- Shirazy ini cukup indah.Setiap bait kata-kata mempunyai makna yang tersirat.Terasa diri ini cukup kerdil.

Saya harap saya akan berjaya menghabiskan semua buku yang telah dibeli.=)

2 ulasan:

Hamada Helal Song - Muhammad Nabeena (pbuh) Very Peaceful محمد

0 ulasan:

dah nak masuk minggu ke 4 short sem ni. Makin banyak yang saya pelajari. Dalam Nahu,sebelum ni saya hanya belajar yang asas tetapi sekarang ...

Love Arabic Language!

dah nak masuk minggu ke 4 short sem ni. Makin banyak yang saya pelajari. Dalam Nahu,sebelum ni saya hanya belajar yang asas tetapi sekarang semakin mendalam.Indahnya bahasa Arab ini tidak dapat disangkal lagi.

Hari Rabu ni dah nak mid sem.Arab level 3 sahaja,doakan saya.Terima kasih buat Ustazah Rokiah dan Ustaz Khamimi=)

Tak lupa buat sahabat2.Syok kan sem ni kite tumpu Arab je. Dalam bilik pon hampir kesemuanya ambil Arab.Kadang-kadang cakap Arab tuh..huhu=p
Banyak kalimah2 baru yang saya dapat. Agak mencabar tapi adatlah dalam belajar memang cam tu.Semoga kite sukses dalam exam.Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan kita=)

Oh ye sepanjang minggu ni,antara aktiviti yang menarik dalam proses pembelajaran ialah pergi ke perpustakaan.Kami dikehendaki mencari buku cerita Arab.Setiap satu kumpulan,satu buku.Kumpulan saya buat ringkasan pasal cerita Dambo,buku kanak-kanak=p Petang Khamis lepas kami menonton kartun Arab. Seronok.Bahasa yang digunakan boleh difahami.

Kesimpulannya,proses pembelajaran sepanjang minggu ni memang menyeronokkan..=)
Bittaufiq wannajah fil imtihan=)

2 ulasan: