Friday, March 20, 2009

Alhamdullilah saya gembira...

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 10:31 PM
Hari ini banyak perkara yang terjadi.Saya baru saja pulang dari Kuala Lumpur.Bawa kawan-kawan pergi jalan. Nova dan Solehah. Aisyah tak dapat ikut. Mungkin kerana kami ada konflik sikit. Saya kena jumpa dia 'face to face'. Tu perkara yang buat saya sedih.Saya harap semua akan pulih.

Awal pagi tadi,kami bertolak ke KL. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki Metrobus. Saya dan Nova tidak berhenti-henti berbual.Maklumlah sudah lama tidak bersua. Rindu sgt2! Macam-macam kami bualkan.

Sampai di KL,saya bawa mereka ke Jalan Masjid India. Krem kaki dibuatnya.huhu~~Pusing habis kawasan tu.Bukan beli apa2.Cuci mata tgk brg2. Macam-macam saya nak tapi sabar jela,bukan keperluan...Kehendak je tu...hehe.Kami singgah membelek-belek buku di Pustaka Mukmin. Kami teruskan perjalanan lagi..hehe

Singgah Kamdar sebelum g kedai buku tu.Banyaknya baju warna-warni. Sabar2!Kami masuk ke sebuah kedai baju. Tiba2,saya terpaku!!!Saya nampak seseorang yang sudah lama saya menyimpan hasrat untuk bertemu dengannya.Maklumlah sudah hambir berbelas tahun tak jumpa.Siapakah dia?

Insan yang bergelar pendidik sewaktu zaman saya mula mengenal ABC dan 123. Zaman tadika,masa umur 5 tahun.Cikgu saya. Saya terus menuju ke arah cikgu dan memanggilnya.Saya memperkenalkan diri saya.Padahal cikgu tinggal di Pahang tetapi sudah ditakdirkan kami bertemu di sini.Gembiranya saya!!Kami berbual seketika.Sebelum pergi,cikgu sempat memberikan kata-kata semangat kepada saya.Terima kasih,cikgu! Sayang cikgu=)

Kami teruskan perjalanan.Kaki saya dah rasa macam tak pakai kasut. Letih jugak. Hehe. Kami masuk ke sebuah shopping complex. Agak sunyi. Tempat tu macam tuk orang-orang berada.Tiba2,Nova senyap.Kenapa?Nampak seorang pelakon ni. RIEZMAN.Betullah dia.Tengah pilih barang.hehe

Kemudian kami ke stesen LRT.Nak gi KLCC pulak.Sambil memerhati keadaan sekeliling.Ramainya orang.Sampai di KLCC,terus ke level 4.Ingat nak masuk PETROSAINS tapi tiket da sold out la pulak..Sedihnya..xpe2.InshaAllah lain kali kita pergi lagi ye,kawan2!Kami sempat pergi belek buku free kat Kinokuniya! Antara my favourite place,KINOKUNIYA la...Syok..Macam2 buku.Kalau suruh saya duk sini pun xpe..Duit tak banyak,jadi belek kat situ je la. Alhamdullilah saya dapat juga beli kamus dan Reading Digest. Masa tu ternampak pulak majalah ada gambar ARASHI.Tengok je,nak beli x guna je.Tak faham,dalam bahasa Jepun..Haha..Seronok tengok budak2 baca buku..Azam saya kalau da ada pendapatan sendiri,bolehlah selalu dapatkan buku-buku terbaru di sini.Barang lain tak mampu nak beli,mahal sangat bagi saya.Sebelum ke rumah Mak Sham,singgah Roti Boy dulu.Bau roti yang dari tadi memikat saya,yummy!Beli roti sikit..

Kami teruskan perjalanan ke Terminal Gombak. Sampai di sana pukul 3 lebih.Tunggu bas.Sempat lagi saya tengok senior-senior UIA Gombak.Tak sabarnya nak gi AIKOL,Gombak!! Semangat saya berkobar-kobar secara tiba-tiba. Sempat saya bersembang dengan senior dari England,jika tak salah. Dia tahun akhir,kos IRK. Sebelum balik,dia berharap dapat jumpa lagi di Gombak. InshaAllah...

Lamanya bas.Kami kena kejar tiket nak balik Pahang pukul 6.30petang.Kami mengambil keputusan naik teksi je la. Kalau seorang saya mungkin tak akan naik tapi bertiga...Alhamdullilah sampai akhirnya kami di rumah Mak Sham.Mak Sham tak de,kerja.Saya ada kunci.Hihi~~

Saya mengemas barang untuk pulang ke Nilai Ahad ni.Sempatlah kawan-kawan berehat.Minum-minum dulu.Tepat 5.30 petang kami tunggu bas di depan rumah.Bas U1tiba tidak lama kemudian.Sepanjang perjalanan jem je jalan ni.Seronok gk dapat bwk kereta kat KL ni.Mencabar dan menuntut kesabaran.Risau juga lambat sampai..Alhamdullilah sempat pun...

Kami sampai di Pahang pada pukul 8 lebih...Kenangan hari ini akan kusimpan dalam kotak memoriku=)
Di samping itu,saya gembira sebab dah dapat lesen P kereta akhirnya.Penantian sudah berakhir,alhamdullilah.Hari test JPJ tu risau gak.Result peperiksaan sem 2,alhamdullilah...

p/s:Sesungguhnya Allah itu sangat sayang pada hambanya.
Setiap ujian yang berlaku sebelum ini pasti ada hikmahnya.

Jadikanlah kami di kalangan orang yang sabar dan berjaya=)

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea