Saturday, January 31, 2009

~Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan~

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:25 PM
Salam...

Sudah baca tajuk di atas? Saya tujukan buat Kak Epa tersayang dan suami yang baru sah menjadi suami isteri pagi tadi.Alhamdullilah. Saya turut mengikuti majlis akad nikah di masjid. Duduk tak diam kot.Ambil gambar dari sudut berbeza untuk setiap detik.huhu=p Pastinya hari ini hari yang sangat bersejarah buat kami sekeluarga,satu lagi bunga sudah dipetik orang. Apa yang lebih seronok ?? Seluruh keluarga sebelah emak dapat berkumpul. Saya pun dikira yang agak menjadi tumpuan.hahaha! Jarang dapat jumpa saya ni..hahaah..Setiap kali kenduri mesti ada yang berkata,''Dulu kecil je,sekarang dah anak dara."Tak kurang terdengar kata-kata yang mengusik saya,''Adik,bila pulak?Lepas ni ye??" Lucu mendengarnya. Haha.Lambat lagi kot=p Saya sibuk merakamkan gambar tanda kenangan. Dari jauh,saya lihat kelibat teman-teman saya sewaktu tadika di kampung. Semua dah besar. Rindunya zaman tadika!!

Pasangan mempelai kelihatan ceria berbaju merah putih. Pastinya letih melayan karenah tetamu. Alhamdullilah semuanya berjalan lancarApa yang pasti kenangan hari ini sentiasa tersemat di hati saya. Semoga Kak Epa dan suami selamat melayari bahtera perkahwinan.

2 comments:

katib bahanji said...

huhuh...
semoga dapat dukung ijazah sebelum dukung anak!
harap cita-cita jadi realiti...
muda lg..;)

Nor Halimah said...

uish...
inshaAllah..
hbis blajar dlu...
huhu...

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea