Thursday, January 01, 2009

Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:31 PM
Saya sering mendengar bahawa kekayaan tidak membawa kepada kebahagiaan. Saya setuju. Keadaan di sekitar saya membuatkan saya percaya. Tidak perlu saya ceritakan apakah keadaan yang sebenarnya kerana perkara itu agak sensitif.

Sebanyak manapun harta yang kita ada bukan boleh digunakan untuk membeli nilai sebuah kebahagiaan. Lebih baik kita hidup dalam keadaan yang sederhana asalkan hati kita bahagia. Pendidikan agama adalah sesuatu yang sangat berharga. Di situlah akar segalanya.

Apa guna kalau kita terlampau mengejar kekayaan di dunia sedangkan hati kita tidak setenang air di kali? Kembalilah kepada Allah walau apa jua keadaan kita.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.

Saya cuma mampu mendoakan masih ada sinar kebahagiaan di sebalik semua yang terjadi. Semoga peristiwa yang sedang berlaku di sekitar saya akan kembali pulih seperti sediakala.Semoga tabah menghadapi ujian ini. Saya sangat mengharapkan kemelut yang melanda sekarang akan berakhir dengan segera.

Akhir sekali,bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea