By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

alhamdullilah.Hari ini dapat juga saya meluangkan sedikit waktu untuk blog yang telah lama terbiar,terbekanglai untuk masa yang agak panjang...

masa terus berlalu....

alhamdullilah.Hari ini dapat juga saya meluangkan sedikit waktu untuk blog yang telah lama terbiar,terbekanglai untuk masa yang agak panjang. Saya agak sibuk kebelakangan ini. Esok saya akan menduduki peperiksaan ITIL. Doakan saya ya!





Entri kali ini saya mahu menyingkap dan berkongsi cerita dan kisah yang menarik. Pada hari Jumaat yang lalu, saya ke Kuala Lumpur. Saya ke rumah Mak Sham kerana esoknya kami akan bertolak ke Johor Bharu. Kami ke sana untuk meraikan hari yang berbahagia En.Munir Mujir..huhu..Itulah abang saudaraku.





Tepat pukul 8.45 pagi,kami bertolak dari Sri Gombak. Myvi dipandu oleh Kak Amy. Saya suka memerhatikan keadaan di sekeliling. Kenapa? Sebab satu hari nanti saya pun nak memandu macam Kak Amy.Driving is my hobby=pSo saya perlu tahu arah mana jalan yang nak diikuti. Namun begitu,akhirnya saya tewas juga.Lena diulit mimpi di tempat duduk belakang.





Kami singgah di Tangkak untuk mengambil Farah. Rindunya kat Farah.Farah akan menaiki kereta bersama saya. Kami bertolak dulu. Kemudian baru Bibik Yah dan keluarga. Seronoknya.





Sebelum tiba di JB,kami dibawa oleh Kak Amy ke UTM SKUDAI.Kak amy nak ambil barang.Saya dan Farah menemaninya sampai ke bilik. Sunyi sungguh kawasan UTM. Hampir kesemua pelajar bercuti.





Kami teruskan perjalanan ke JB. Akhirnya kami sampai di Hotel Seri Malaysia,Johor Bharu. Kami check-in. Ada saudara saya sudah berada di sana. Keluarga Paman Seman sudah menanti. Saya nampak kelibat Bibik Kamsiah di kaunter. Syoknya dapat berkumpul.





Petang itu,saya,Kak Amy,Farah,Mak Sham dan Bibik Kamsiah bersiar-siar di bandar JB. Sudah lama saya tidak ke sini. Kami menuju ke kawasan bebas cukai,The Zon. Sepanjang perjalanan.kami dapat saksikan keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Keadaan manusia di kota besar yang bersebelahan dengan Kota Singapura. Kami dapat lihat Singapura dari sempadan. Bila la saya nak sampai ke sana??huhu.. Bibik sempat lagi bergurau,"kalau kita berenang ni,boleh sampai Singapura dah" hahahah





Saya hanya membeli coklat untuk dibawa sebagai buah tangan untuk teman-teman di Nilai. Huhu kita borong coklat..Urmmmmm yummyyyy!!





Sebelum pulang ke hotel,kami singgah di Danga City Mall. Keadaan agak lengang. Mungkin disebabkan terlalu banyak '' shopping complex'' di JB. Saya hanya mencuci mata. Di sini sempat lagi saya dan Farah merakamkan gambar sebagai tanda kenangan.





Malam tu semua dah ada di hotel.Saya tak pergi rumah Paman Jaya lagi. Kami tinggal sama-sama kami di hotel. Yang bujang2 semua tinggal.Berborak,main game la..Macam2.





Esoknya saya dan Farah bersiap awal untuk sarapan. Bangun2 je sempat lagi saya online ym. Saya dapat chatting dengan seseorang. Siapa? Biarlah rahsia....





Kami turun untuk bersarapan. The Cafe was so full.





Kami bertolak ke rumah pengantin pada pukul 11 pagi. Kami bertolak serentak. Sebelum bertolak,kami terserempak dengan Paman Deni. Saya bersalaman dengan paman. Sekali imbas tak tumpah seperti muka arwah ayah. Maklumlah adik kepada ayah. Mestilah ada sama.





Sewaktu kami tiba,semua sudah siap. Keluarga sebelah Bibik CT,mak Munir ramai. Kami datang seperti tetamu.Seronoknya. Dapat jumpa Kak Munirah,Kak Murni,Muna,Muzakir dan Munawir..





Kami tunggu Munir je ni.. Pengantin baru kita.hihi





Apabila terkenang zaman kanak-kanak,memang melucukan. Tidak sedar kami semua telah dewasa. Dulu,setiap kali musim raya,rumah arwah nenek di Muar pasti bagai nak runtuh kerana kami yang nakal ni.





Munir,tahniah Limah ucapkan. Semoga berbahagia selalu.





Kompang berbunyi menandakan pasangan pengantin sudah tiba. Meriah. Maklumlah anak sulung Paman Jaya. Berbaju ungu si pengantin.


Dari jauh,Munir sudah tersenyum melihat kelibat kami,sepupu-sepunya

HUHU cute je pengantinnya..Macam budak2


Kemudian upacara silat ,bersanding diadakan. Tak lupa sesi baling-baling duit untuk kanak-kanak. Adat orang Jawa.



kepada Munir dan isteri selamat berbahagia...


sekian saja

1 ulasan:

Tok Li berkata...

Sri Gombak? Pernah pergi restoran Tok Li tak ?