By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

hari ni? Alhamdullilah selesai sudah ujian Ebglish..Tepat pukul 10.30 a.m,kami kumpulan 20 keluar dari blok C. Kami menuju ke blok F untuk b...

Hari yang menguji kami

hari ni? Alhamdullilah selesai sudah ujian Ebglish..Tepat pukul 10.30 a.m,kami kumpulan 20 keluar dari blok C. Kami menuju ke blok F untuk bertemu dengan Sir Razmi, lecturer subjek Writing kami.

Selepas itu,saya,Fyza dan Naz menuju ke blok E yang menempatkan Mahallah kami. Saya dan Naz mengambil keputusan untuk makan dulu sebelum kami menuju ke destinasi sebenar kami iaitu Perpustakaan Negara Malaysia,Kuala Lumpur.

Kami merancang untuk bertolak pada pukul 11.30 a.m pada asalnya. Rancangan kami berubah. Tujuan kami untuk ke perpustakaan ialah mencari jurnal undang-undang. Kes yang kami dapat untuk assignment agak mencabar. Saya risau sangat. Kami bertolak pada pukul 12 p.m. Hairul nak ikut kami. Dia bagitahu Naz. Pada asalnya,Kimi pun nak ikut juga tapi tak jadi.

Kami menuju ke Stesen KTM NILAI dengan menggunakan perkhidmatan teksi. Penuh stesen KTM dengan para pelajar. Hairul yang beratur beli tiket. Saya pula sibuk menghubungi sepupu. Nak minta tolong hantarkan ke library. Saya pun tak tahu bagaimana hendak ke sana.=p
Alhamdullilah Zaki atau Kak Amy akan tolong kami.

Kami meneruskan perjalanan dari Stesen KTM Nilai ke Stesen KTM Bandar Tasik Selatan.Saya rasa ngantuk sangat semasa berada dalam KTM.Saya hampir terlelap. Kami tiba di stesen yang dituju. Kelibat rakan-rakan kelas yang lain sudah dapat saya lihat dari jauh. Kami menuju ke Chan Sow Lin. Pertukaran dr KTM ke LRT.Hanya 4 stesen untuk sampai ke sana.

Di Chan Sow Lin, Kak Amy membawa kami menuju ke PSN.Hanya Allah saja yang mampu membalas budi baik Kak Amy.=)

Saya betul-betul tak sangka kami dah tiba di hadapan PSN. Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini. Hairul dan Naz pun sama. Kami bertanya di kaunter dan terus mencari apa yang dihajati.

Hampir kesemua bahagian dan sudut sudah kami jejaki tetapi malangnya apa yang dihajati tidak ditemui. Mungkin Allah nak uji saya dan Naz. Saya dan Naz dapat kes yang lebih mencabar daripada teman-teman yang lain. Saya dan Naz kelihatan agak ''tension''. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Tepat pukul 3.3o p.m,kami keluar dari PSN.Kami menuju ke arah jejantas. Tiket saya untuk pulang ke Pahang pada pukul 4 p.m masih di kaunter di Jalan Pekeliling. Sempat atau tidak saya naik bas tu???

Alhamdullilah,ada teksi. Kami menuju ke sana dengan menaiki teksi. Kalau saya je,alamatnya tak naiklah teksi. Takut sikit naik teksi kat KL. Nasib baik ada Naz dan Hairul.

Kami tiba di Jalan Pekeliling tepat jam 3.40 p.m. Naz dan Hairul akan meneruskan perjalanan untuk pulang ke Sabak Bernam. Mereka kawan baik sejak dari sekolah rendah lagi.

Alhamdullilah saya sempat dengan bas. Saya terus ke kaunter untuk mengambil tiket yang ditinggalkan atas nama saya.

Bas bergerak tepat jam 4 p.m. Sewaktu dalam perjalanan,saya terlelap. Agak keletihan. Saya tidak mampu menahan rasa ngantuk.Saya tewas akhirnya.

Saya tiba di Temerloh pada pukul 6 petang.Rindunya kat rumah..Mak sudah menunggu saya dalam kereta. Alhamdullilah saya tiba di rumah juga akhirnya. Walaupun saya dah sampai, saya tetap risau akan case briefing saya yang belum selesai.. Smg Allah mempermudahkan jalan menuju kejayaan.

0 ulasan: