By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

assalamualaikum' maaf kerana sudah lama saya tidak menghantar apa-apa dalam blog ini,walaupun sekarang saya masih lagi bercuti. Malam ni...

malam yang menyentuh hatiku...

assalamualaikum'

maaf kerana sudah lama saya tidak menghantar apa-apa dalam blog ini,walaupun sekarang saya masih lagi bercuti. Malam ni saya tak boleh tidur. Mungkin terlalu memikirkan keputusan peperiksaan yang bakal keluar awal pagi ini. Saya memang begini orangnya. Seorang yang terlalu memikirkan sesuatu. Saya masih ingat lagi mak selalu kata sifat saya ini diwarisi daripada arwah ayah. Nenek Ujang ada bercerita kepada saya,sewaktu ayah di zaman persekolahan beginilah perangainya.Macam saya. Mesti menangis sebelum result keluar. Ayah lagi lah, belum sampai rumah dah menangis kat tengah jalan.Masa dalam perjalanan nak balik rumah nenek. Tak salah lagi jika ada yang mengatakan saya anak ayah.

arwah ayah tersayang,

ayah
Add Glitter to Pictures




Sebenarnya apa yang nak tulis ini,saya terlalu rindu akan arwah ayah, Ahmad Ramli bin Sumadi. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Walaupun saya sering kelihatan gembira tetapi hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati saya ketika ini. Alhamdullilah saya sudah belajar menerima pemergian ayah tercinta. Walaupun ayah sudah tiada lagi di dunia ini tetapi saya tahu Allah selalu menjaga saya. Kenangan bersama ayah tetap bersemadi dalam ingatan saya. Dari kecil, saya selalu ikut ayah ke sekolah,bank,restoran,surau,balik kampung,kedai dan semuanya. Ayah,satu impian ayah terhadap saya telah tercapai. Saya kini sudah menjejakkan kaki di menara gading walaupun perjalanan untuk menuntut ilmu itu masih jauh lagi. Semoga saya berjaya.Saya pasti menitiskan air mata apabila teringat akan ayah. Saya rindu akan ayah. Saya tidak dapat untuk menyebut gelaran ayah kepada seorang insan yang sangat bererti dalam hidup saya. Ayah telah berusaha membesarkan dan mendidik saya selama 16 tahun,sehinggalah saat ayah pergi buat selamanya dari dunia yang sementara ini. Semoga ayah diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah.


Mak yang tersayang,

mak
Make your own Glitter Graphics






Tidak saya lupakan,insan yang telah mengandungkan saya selama 9bulan dan melahirkan saya, mak yang saya sayangi. Saya sayang mak. Saya bahasakan diri saya sebagai akak sewaktu dengan mak. Akak minta maaf atas salah dan silap akak. Mak saya penyokong dan pemberi semangat utama selepas ketiadaan ayah. Sebenarnya saya hampir berputus asa sewaktu mula-mula kehilangan ayah tapi mak tetap ada di sisi saya untuk memberi semula semangat dan harapan kepada saya. Sekarang mak tinggal sendiri semenjak saya melangkah ke menara gading. Sejujurnya hati saya agak risau meninggalkan mak sendiri di rumah. Mujur ada jiran-jiran yang sangat baik hati. Mereka boleh tolong jagakan mak. Alhamdullilah.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2.18 pagi. Saya khuatir akan keputusan peperiksaan saya untuk semester 1 di CFS IIUM Nilai. Semoga segalanya akan berjalan lancar. Semoga Allah memudahkan jalan saya menuju kejayaan.Hati saya berdebar-debar menanti keputusan peperiksaan pertama saya.Semoga semua sahabat-sahabat saya berjaya juga.

Sekian coretan daripada saya,

................ma'a taufiq wa najjah...............
wassalam..

0 ulasan: