By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

assalamualaikum bismillahhirahmanirrahim.... hari ini 9April2008,saya memulakan blog ni. Saya akan mencurahkan apa-apa saja yang patut di si...

salam perkenalan buat semua teman...

assalamualaikum
bismillahhirahmanirrahim....

hari ini 9April2008,saya memulakan blog ni. Saya akan mencurahkan apa-apa saja yang patut di sini. Izinkan saya memperkenalkan diri. Kenalilah saya dengan nama Imah. Kepada teman-teman yang sudah mengenali diri ini,terima kasih saya ucapkan. Saya sekarang duduk di rumah sementara menunggu tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Doakan saya berjaya mendapat tempat dalam bidang yang saya minati.Saya seorang yang agak pendiam jika teman-teman tidak cuba mengenali saya dengan rapat. Sepupu-sepupu saya sendiri pun akan kata saya ni pendiam tetapi tidak semua,hanya sebahagian daripada mereka. Mungkin sebab kami jarang bertemu.

Mulai sekarang,saya berhasrat hendak belajar bersungguh-sungguh lebih daripada sebelum ini. Mengapa? Saya merasakan kejayaan kita merupakan hadiah yang terbaik buat orang tersayang walaupun kejayaan itu bukan milik kita selamanya. Sekarang saya sedang mencari keyakinan yang lebih terutama apabila berhadapan dengan orang ramai. Saya ni kadang-kadang agak pemalu dan mudah gementar. Saya akan berusaha melawannya untuk tampil dengan lebih berkeyakinan pada masa hadapan.

Saya merupakan bekas pelajar SMAKT Temerloh,Pahang. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada warga pendidik SMAKT khususnya. Tidak lupa juga buat keluarga Al-Khairiah yang telah banyak mengajar saya erti kehidupan ketika berada di alam remaja yang penuh dugaan.

Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih daun keladi buat warga pendidik di Tabika Kemas Chenor,Sek. Keb. Lebak,Temerloh dan kepada sesiapa sahaja yang pernah berkongsi ilmu dan pendapat dengan saya.Kalian semua adalah guru-guru saya walaupun muda daripada saya. Jasa guru-guru tidak terbalas. Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah.

Kepada ibu tercinta,Salmeh bt Ibrahim,akak sayang emak. Semoga emak sentiasa berbahagia dan gembira selalu. Kepada ayahanda,arwah Ahmad Ramli,semoga ayah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Jasa mak dan ayah amat besar buat diri akak.Akak akan cuba buat yang terbaik.

Salam sayang buat saudara mara saya yang mengenali diri ini. Saya sayang anda semua.Terima kasih kerana terus menyuntik semangat kepada saya.Salam rindu buat para sahabat yang sentiasa dekat di hati saya. Semoga kalian semua berjaya di dunia dan di akhirat.

Sekian saja coretan pertama daripada saya. Illalliqa'

0 ulasan: