Sunday, April 13, 2008

alhamdullilah

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:47 AM
alhamdullilah. Hari ini saya bertemu dengan seseorang yang ingin memeluk Islam di myspace. Allah telah memberi hidayah kepada dia. Satu anugerah yang tidak terhingga. Memang saya ada satu impian. Saya nak sangat bantu apa yg boleh dalam proses bakal saudara baru yang dalam proses ingin mengenal Islam. Hari ni saya mendapat peluang itu. Alhamdullilah. Di samping itu,saya dapat sama2 meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama. Saya akan cuba yang terbaik. Saya akan sentiasa menyokong dia. Dia sebaya dgn saya. Namanya biarlah rahsia dahulu. Dia berasal dari Australia dan pernah tinggal di Indonesia. Semuanya bermula apabila dia menetap di Indonesia. Dia jatuh hati pada agama Islam. Saya harap dia akan jadi seorang muslim suatu hari nanti. Jika ada peluang,setelah dia memeluk Islam,saya ingin bertemu dengan dia.Saya akan cuba ajak dia ke sini. Semoga Allah akan permudahkan jalan bagi dia untuk menuju ke arah yang benar. Amin. Doakan dia ya. Peristiwa ni cukup menyentuh hati saya. Betapa Allah berkuasa terhadap sesuatu. Semoga kita semua dalam rahmat Yang Maha Esa

0 comments:

 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea