By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

assalamualaikum alhamdullilah. Sepanjang 2008 pelbagai kisah yang telah terjadi dalam hidup saya. Pelbagai perubahan yang berlaku dalam diri...

2009 DATANG

assalamualaikum

alhamdullilah. Sepanjang 2008 pelbagai kisah yang telah terjadi dalam hidup saya. Pelbagai perubahan yang berlaku dalam diri saya yang memberi saya peluang untuk belajar erti kehidupan yang dikurniakan Allah s.w.t.

Seribu kemaafan dan berjuta terima kasih saya layangkan buat insan-insan tersayang yang sentiasa berada di sisi saya. Semoga kalian semua diberkati Allah. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian.

0 ulasan:

21 DISEMBER 2008 AT JB EATING!YUMMY.SOMEONE TREAT US MY BEST FRIEND.LOVE U,AISYAH! DURING LEADTRAIN PROGRAMME.NEW FRIENDS,LOVE U ALL MY GRO...

Kisah sepanjang 2008

21 DISEMBER 2008 AT JBEATING!YUMMY.SOMEONE TREAT US
MY BEST FRIEND.LOVE U,AISYAH!
DURING LEADTRAIN PROGRAMME.NEW FRIENDS,LOVE U ALL

MY GROUP FOR ITIL EDUCATIONAL VISIT
JIHA'S BIRTHDAY 13/12/2008
LAST SEMESTER WITH MY ITL GROUP
SEMOGA KITA SEMUA DAPAT BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH POSITIF!
SECOND SEMESTER AT CFS IIUM
MEMORY AT NILAI GIANT



















































































0 ulasan:

Assalamualaikum. Selamat menyambut tahun baru,1430h. Semoga tahun baru kali ini membawa seribu erti dan perubahan ke arah kebaikan. "Sa...

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H

Assalamualaikum.

Selamat menyambut tahun baru,1430h. Semoga tahun baru kali ini membawa seribu erti dan perubahan ke arah kebaikan.

"Satu muharram detik permulaan, perkiraan tahun islam hijrahPerpindahan nabi dan umat Islam, dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh, kaum Muhajirin dan Ansar bersatuRela berkorban harta dan nyawa, demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuanganhijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua kita sambut Maal Hijrahtingkatkan semangat, tegakkan syiar Islam untuk sepanjang zaman"


Kita sering mendengar dan menyanyikan petikan lagu ini ketika sambutan Maal Hijrah. Apakah erti HIJRAH bagi kita? Apakah yang kita dapat definisikan?

Mari kita singkap semula sejarah Islam. Hijrah dapat diinterpretasikan sebagai perpindahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah bersama para sahabat setelah menerima wahyu daripada Allah S.W.T.Baginda telah berjaya menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin. Baginda juga berjaya menubuhkan negara Islam pertama. Perjuangan Nabi dalam menegakkan syiar Islam amat bermakna buat semua.

Dari segi bahasa dan konsep pada zaman sekarang,hijrah boleh didefinisikan sebagai perubahan yang menjurus ke arah kebaikan. Jika kita dapat memahami definisi hijrah dengan baik,sudah pasti kita berusaha untuk berubah. Azam yang baru perlu ditanam dan dilaksanakan.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Muhasabah diri kita bersama. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari lusa. Semoga sinar kejayaan menerpa kita.

SELAMAT MENYAMBU MAAL HIJRAH 1430 H DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2009

0 ulasan:

hari ni? Alhamdullilah selesai sudah ujian Ebglish..Tepat pukul 10.30 a.m,kami kumpulan 20 keluar dari blok C. Kami menuju ke blok F untuk b...

Hari yang menguji kami

hari ni? Alhamdullilah selesai sudah ujian Ebglish..Tepat pukul 10.30 a.m,kami kumpulan 20 keluar dari blok C. Kami menuju ke blok F untuk bertemu dengan Sir Razmi, lecturer subjek Writing kami.

Selepas itu,saya,Fyza dan Naz menuju ke blok E yang menempatkan Mahallah kami. Saya dan Naz mengambil keputusan untuk makan dulu sebelum kami menuju ke destinasi sebenar kami iaitu Perpustakaan Negara Malaysia,Kuala Lumpur.

Kami merancang untuk bertolak pada pukul 11.30 a.m pada asalnya. Rancangan kami berubah. Tujuan kami untuk ke perpustakaan ialah mencari jurnal undang-undang. Kes yang kami dapat untuk assignment agak mencabar. Saya risau sangat. Kami bertolak pada pukul 12 p.m. Hairul nak ikut kami. Dia bagitahu Naz. Pada asalnya,Kimi pun nak ikut juga tapi tak jadi.

Kami menuju ke Stesen KTM NILAI dengan menggunakan perkhidmatan teksi. Penuh stesen KTM dengan para pelajar. Hairul yang beratur beli tiket. Saya pula sibuk menghubungi sepupu. Nak minta tolong hantarkan ke library. Saya pun tak tahu bagaimana hendak ke sana.=p
Alhamdullilah Zaki atau Kak Amy akan tolong kami.

Kami meneruskan perjalanan dari Stesen KTM Nilai ke Stesen KTM Bandar Tasik Selatan.Saya rasa ngantuk sangat semasa berada dalam KTM.Saya hampir terlelap. Kami tiba di stesen yang dituju. Kelibat rakan-rakan kelas yang lain sudah dapat saya lihat dari jauh. Kami menuju ke Chan Sow Lin. Pertukaran dr KTM ke LRT.Hanya 4 stesen untuk sampai ke sana.

Di Chan Sow Lin, Kak Amy membawa kami menuju ke PSN.Hanya Allah saja yang mampu membalas budi baik Kak Amy.=)

Saya betul-betul tak sangka kami dah tiba di hadapan PSN. Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini. Hairul dan Naz pun sama. Kami bertanya di kaunter dan terus mencari apa yang dihajati.

Hampir kesemua bahagian dan sudut sudah kami jejaki tetapi malangnya apa yang dihajati tidak ditemui. Mungkin Allah nak uji saya dan Naz. Saya dan Naz dapat kes yang lebih mencabar daripada teman-teman yang lain. Saya dan Naz kelihatan agak ''tension''. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Tepat pukul 3.3o p.m,kami keluar dari PSN.Kami menuju ke arah jejantas. Tiket saya untuk pulang ke Pahang pada pukul 4 p.m masih di kaunter di Jalan Pekeliling. Sempat atau tidak saya naik bas tu???

Alhamdullilah,ada teksi. Kami menuju ke sana dengan menaiki teksi. Kalau saya je,alamatnya tak naiklah teksi. Takut sikit naik teksi kat KL. Nasib baik ada Naz dan Hairul.

Kami tiba di Jalan Pekeliling tepat jam 3.40 p.m. Naz dan Hairul akan meneruskan perjalanan untuk pulang ke Sabak Bernam. Mereka kawan baik sejak dari sekolah rendah lagi.

Alhamdullilah saya sempat dengan bas. Saya terus ke kaunter untuk mengambil tiket yang ditinggalkan atas nama saya.

Bas bergerak tepat jam 4 p.m. Sewaktu dalam perjalanan,saya terlelap. Agak keletihan. Saya tidak mampu menahan rasa ngantuk.Saya tewas akhirnya.

Saya tiba di Temerloh pada pukul 6 petang.Rindunya kat rumah..Mak sudah menunggu saya dalam kereta. Alhamdullilah saya tiba di rumah juga akhirnya. Walaupun saya dah sampai, saya tetap risau akan case briefing saya yang belum selesai.. Smg Allah mempermudahkan jalan menuju kejayaan.

0 ulasan:

AFTER INTERVIEW SESSION ON THE WAY TO THE BUS STOP JKSM

~our trip to JKSM~

AFTER INTERVIEW SESSION

ON THE WAY TO THE BUS STOP

JKSM

0 ulasan:

salam, alhamdullilah selesai juga sesi temuramah untuk subjek ITIL. Saya,Naz,Kimi dan Laishalaha dalam kumpulan yang sama. Saya bertemu deng...

~educational visit to JKSM,Putrajaya~



salam,
alhamdullilah selesai juga sesi temuramah untuk subjek ITIL. Saya,Naz,Kimi dan Laishalaha dalam kumpulan yang sama. Saya bertemu dengan Naz di kafe bawah dalam pukul 8 lebih. Tidak lama kemudian,Kimi muncul. Kimi lapar rupanya. Saya dan Naz terpaksa bergegas ke Department of Laws kerana masih ada surat kebenaran yang belum ditandatangan oleh pensyarah.
Setelah selesai mendapatkan tanda tangan, kami menuju ke LTD. Naz nak hantar report for study circle.hihi. Malangnya tiada sesiapa yang berada di LTD. Kimi datang ke arah kami. Saya dan Naz mengambil keputusan untuk menunggu sebentar sementara Kimi pergi ke blok bersebelahan.
Setelah beberapa minit, kami semua bertemu di depan ADMIN. Lama juga kami menunggu kenderaan UIA sediakan untuk menuju ke Putrajaya.Kami bertolak tepat pukul 10 pagi dari kampus Nilai. Kami menaiki van.
Kami terus menuju ke Bahagian Pusat Sumber dan Penyelidikan,JKSM. Kami menemu ramah Timbalan Pengarah bahagian itu.Sesi temu ramah berjalan lancar.
Setelah selesai sesi temu ramah kami merakam beberapa foto untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Seronok.. Mane taknya,hobi saya. heheh...
Kami bersiar-siar di sekitar bangunan pejabat yang tersergam indah. Saya memerhati telatah orang. Sempat juga kami merakamkan foto. huhu. Sampai ditegur sih..
Kami terpaksa menunggu lama. Kami solat Zohor di sana. Setelah selesai solat,kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan menikmati pemandangan pusat pentadbiran Malaysia. Sayangnya,sewaktu dalam perjalanan, pihak UIA kata kenderaan dah dalam perjalanan nak ambil kami..
Oleh itu,kami terpaksa patah baliklah. hihi=p
Sewaktu dalam perjalanan balik ke Nilai. Terlelap saya akhirnya..hihi ..Tak tahan.. Ngantuk.

Sekian saja.. Nanti saya sambung lagi.





0 ulasan:

~dah sampai~ ~urmmm comey~ ~huhu kabare?~ ~purple girls~erkkk rewang~ ~sebelum berangkat ke Kg.Kurnia,JB~ ~HOTEL SERI MALAYSIA,JB~

SELAMAT PENGANTIN BARU

~dah sampai~
~urmmm comey~


~huhu kabare?~

~purple girls~erkkk rewang~



~sebelum berangkat ke Kg.Kurnia,JB~




~HOTEL SERI MALAYSIA,JB~































0 ulasan:

~HUHU mane yg lain?~ ~di Danga City Mall,JB~ ~paeen& imah~

~siri 1~JOHOR BHARU

~HUHU mane yg lain?~
~di Danga City Mall,JB~

~paeen& imah~










0 ulasan:

alhamdullilah.Hari ini dapat juga saya meluangkan sedikit waktu untuk blog yang telah lama terbiar,terbekanglai untuk masa yang agak panjang...

masa terus berlalu....

alhamdullilah.Hari ini dapat juga saya meluangkan sedikit waktu untuk blog yang telah lama terbiar,terbekanglai untuk masa yang agak panjang. Saya agak sibuk kebelakangan ini. Esok saya akan menduduki peperiksaan ITIL. Doakan saya ya!





Entri kali ini saya mahu menyingkap dan berkongsi cerita dan kisah yang menarik. Pada hari Jumaat yang lalu, saya ke Kuala Lumpur. Saya ke rumah Mak Sham kerana esoknya kami akan bertolak ke Johor Bharu. Kami ke sana untuk meraikan hari yang berbahagia En.Munir Mujir..huhu..Itulah abang saudaraku.





Tepat pukul 8.45 pagi,kami bertolak dari Sri Gombak. Myvi dipandu oleh Kak Amy. Saya suka memerhatikan keadaan di sekeliling. Kenapa? Sebab satu hari nanti saya pun nak memandu macam Kak Amy.Driving is my hobby=pSo saya perlu tahu arah mana jalan yang nak diikuti. Namun begitu,akhirnya saya tewas juga.Lena diulit mimpi di tempat duduk belakang.





Kami singgah di Tangkak untuk mengambil Farah. Rindunya kat Farah.Farah akan menaiki kereta bersama saya. Kami bertolak dulu. Kemudian baru Bibik Yah dan keluarga. Seronoknya.





Sebelum tiba di JB,kami dibawa oleh Kak Amy ke UTM SKUDAI.Kak amy nak ambil barang.Saya dan Farah menemaninya sampai ke bilik. Sunyi sungguh kawasan UTM. Hampir kesemua pelajar bercuti.





Kami teruskan perjalanan ke JB. Akhirnya kami sampai di Hotel Seri Malaysia,Johor Bharu. Kami check-in. Ada saudara saya sudah berada di sana. Keluarga Paman Seman sudah menanti. Saya nampak kelibat Bibik Kamsiah di kaunter. Syoknya dapat berkumpul.





Petang itu,saya,Kak Amy,Farah,Mak Sham dan Bibik Kamsiah bersiar-siar di bandar JB. Sudah lama saya tidak ke sini. Kami menuju ke kawasan bebas cukai,The Zon. Sepanjang perjalanan.kami dapat saksikan keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Keadaan manusia di kota besar yang bersebelahan dengan Kota Singapura. Kami dapat lihat Singapura dari sempadan. Bila la saya nak sampai ke sana??huhu.. Bibik sempat lagi bergurau,"kalau kita berenang ni,boleh sampai Singapura dah" hahahah





Saya hanya membeli coklat untuk dibawa sebagai buah tangan untuk teman-teman di Nilai. Huhu kita borong coklat..Urmmmmm yummyyyy!!





Sebelum pulang ke hotel,kami singgah di Danga City Mall. Keadaan agak lengang. Mungkin disebabkan terlalu banyak '' shopping complex'' di JB. Saya hanya mencuci mata. Di sini sempat lagi saya dan Farah merakamkan gambar sebagai tanda kenangan.





Malam tu semua dah ada di hotel.Saya tak pergi rumah Paman Jaya lagi. Kami tinggal sama-sama kami di hotel. Yang bujang2 semua tinggal.Berborak,main game la..Macam2.





Esoknya saya dan Farah bersiap awal untuk sarapan. Bangun2 je sempat lagi saya online ym. Saya dapat chatting dengan seseorang. Siapa? Biarlah rahsia....





Kami turun untuk bersarapan. The Cafe was so full.





Kami bertolak ke rumah pengantin pada pukul 11 pagi. Kami bertolak serentak. Sebelum bertolak,kami terserempak dengan Paman Deni. Saya bersalaman dengan paman. Sekali imbas tak tumpah seperti muka arwah ayah. Maklumlah adik kepada ayah. Mestilah ada sama.





Sewaktu kami tiba,semua sudah siap. Keluarga sebelah Bibik CT,mak Munir ramai. Kami datang seperti tetamu.Seronoknya. Dapat jumpa Kak Munirah,Kak Murni,Muna,Muzakir dan Munawir..





Kami tunggu Munir je ni.. Pengantin baru kita.hihi





Apabila terkenang zaman kanak-kanak,memang melucukan. Tidak sedar kami semua telah dewasa. Dulu,setiap kali musim raya,rumah arwah nenek di Muar pasti bagai nak runtuh kerana kami yang nakal ni.





Munir,tahniah Limah ucapkan. Semoga berbahagia selalu.





Kompang berbunyi menandakan pasangan pengantin sudah tiba. Meriah. Maklumlah anak sulung Paman Jaya. Berbaju ungu si pengantin.


Dari jauh,Munir sudah tersenyum melihat kelibat kami,sepupu-sepunya

HUHU cute je pengantinnya..Macam budak2


Kemudian upacara silat ,bersanding diadakan. Tak lupa sesi baling-baling duit untuk kanak-kanak. Adat orang Jawa.



kepada Munir dan isteri selamat berbahagia...


sekian saja

1 ulasan:

assalamualaikum.. tepat pukul 825am kelas dah habis untuk hari ni.. Tak sabar rasanya nak balik rumah..hihih Saya tak boleh balik lagi sebab...

hari ni nak balik Pahang

assalamualaikum..

tepat pukul 825am kelas dah habis untuk hari ni.. Tak sabar rasanya nak balik rumah..hihih

Saya tak boleh balik lagi sebab nak tunggu kawan-kawan.



Sekarng ni kat perpustakaan CFS IIUM.Cari bahan. Malas nak balik dorm lagi. Awal sangat.



Doakan saya selamat sampai ke Pahang=)

0 ulasan:

assalamualaikum hai semua.. setelah sekian lama,saya meninggalkan blog ini,saya kembali semula..hihi Cewah!! Pejam celik pejam celik dah hab...

assignments dah datang

assalamualaikum
hai semua..
setelah sekian lama,saya meninggalkan blog ini,saya kembali semula..hihi
Cewah!!
Pejam celik pejam celik dah habis minggu kedua untuk semester 2 di CFS IIUM ni. Pelbagai perkara yang telah saya lalui. Sya belajar subjek-subjek baru. Walaupun contact hours saya tidaklah seperti rakan-rakan yang lain tetapi bagi saya tanggungjawab saya tetap berat sebagai pelajar. Kini saya punya masa yang terluang. Saya harap saya dapat meningkatkan prestasi saya dalam semester ini.

Apa yang terjadi lagi?
Saya risau kat seseorang ni. Saya harap dia akan berada dalam keadaan yang baik dan kembali semula seperti sebelum ini. Insha Allah.. Doakan dia ya.

Tugas-tugas yang diberi oleh pensyarah sudah mula bertambah. Saya harap saya dapat menyelesaikannya secepat mungkin. Saya harap saya dapat buat yang terbaik.

Aktiviti yang terbaru kat sini ialah pergi gim.. Exercise dengan kawan-kawan.Baik untuk kesihatan..
Seronok....hihi

Saya gembira berada di sini.Kawan-kawan semua ok. Apa yang x ok harap2 saya tak la terpengaruh. Semoga saya dilindungi daripada perkara yang tidak baik.

Jauh di sudut hati saya,saya tetap rindukan seseorang. Walaupun jauh di mata dekat di hati. Nak tahu siapa?
Dialah insan yang teristimewa di hati saya..hihi.Cubalah teka...

Sekarang dah pukul 3.26 p.m. Majoriti ahli bilik saya ni sudah melelapkan mata.Midah pergi kelas..hihi
Seronok tengok mereka tidur.Kejap lagi nak ikuytr jejak mereka juga.
Kena siapkan kerja-kerja malam ni sebab esok ada LEADTRAIN.. huhu. 2 hari tu...
Sekian daripada saya...Kam sahamida=) Sarangheyo

0 ulasan:

huhu before go to class...midah,me&sarah nk share gmbr2 ni jer..hihi.. sem baru yang sedang kulalui sekarang..

new semester




huhu

before go to class...midah,me&sarah
nk share gmbr2 ni jer..hihi..
sem baru yang sedang kulalui sekarang..










0 ulasan:

assalamualaikum alhamdullilah hari ni saya diberikan kesempatan masa untuk memenuhi ruang dalam blog ini. Saya dah masuk semester baru. Seme...

new semester

assalamualaikum

alhamdullilah hari ni saya diberikan kesempatan masa untuk memenuhi ruang dalam blog ini.
Saya dah masuk semester baru. Semester kedua di CFS IIUM ini. Saya harap segalanya akan berjalan lancar,inshaAllah.

Pagi tadi,saya dan Aisyah bergegas menuju ke blok F dan G untuk menyalin jadual waktu bagi semua kelas. Saya akan belajar 5 subjek untuk semester ini.Semoga saya berjaya!
Doakan yang terbaik buat saya dan sahabat-sahabat.

0 ulasan:

Desir pasir di padang tandus Segersang pemikiran hati Terkisah ku di antara cinta yang rumit Bila keyakinanku datang Kasih bukan sekadar cin...

~ayat-ayat cinta~


Desir pasir di padang tandus

Segersang pemikiran hati

Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang

Kasih bukan sekadar cinta

Pengorbanan cinta yang agung

Ku pertaruhkan


Reff:


Maafkan bila ku tak sempurna

Cinta ini tak mungkin ku cegah

Ayat-ayat cinta bercerita

Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh

Seakan ku bisa hidup lebih lama

Namun harus ku tinggalkan cinta

Ketika ku bersujud


Bila keyakinanku datang

Kasih bukan sekedar cinta

Pengorbanan cinta yang agung

Ku pertaruhkan



Repeat reff


Ketika ku bersujud

0 ulasan:

kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Semoga kita semua kekal bersahabat selamanya sehinggalah saat terakhir hidup kita.Walaupun ada di a...

buat 3 buah hatiku yang tersayang










kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Semoga kita semua kekal bersahabat selamanya sehinggalah saat terakhir hidup kita.Walaupun ada di antara kita sudah berpisah kerana ilmu tapi cintaku terhadap kalian tidak pernah pudar. Terima kasih kerana sentiasa di sisiku saat susah dan senang. Saya sayang kalian.




-Siti Nurul Aisyah bt Idris


-Nova Kasrianti bt Kasman


-Syoleha bt Agus




FRIENDS FOREVER...


KORANG SUME AKAN SENTIASA DALAM HATI KOI....




wassalam...






0 ulasan:

To my beloved cousin, Farah.. Limah nak ucapkan selamat berjaya ye. Selamat menduduki peperiksaan SPM 2008 Semoga Allah mempermudahkan jalan...

Good luck to NOOR FARAHEEN BT HAMDAN..

To my beloved cousin,


Farah..

Limah nak ucapkan selamat berjaya ye.

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2008

Semoga Allah mempermudahkan jalanmu menuju kejayaan..

Semoga Farah berjaya ikut jejak Fareez..

Love you! Chaiyok!!!


0 ulasan:

this was my essay with my friends,Salsabiila and Nur Fakihin... The Causes of Social Problems Youth aspiration,country aspiration,th...

The Causes of Social Problem

this was my essay with my friends,Salsabiila and Nur Fakihin...




The Causes of Social Problems


Youth aspiration,country aspiration,the slogan vividly shows that our youths are precious vital asset for our beloved country,Malaysia.Unfortunately,nowadays after 50th independence anniversary ,our youth are still jeopardise by horrible social ill such as drug addict,free sex and wrong doings.The social issues are always be the headline for entire newspaper everyday.This shows how chronic our youth situation and may reach to the critical level if we are remains pretending dumb and deaf without find the way to prevent it getting worse. Negligence of religion,uncontrollable development of technology and bad influence from peers lead to this horrific phenomenon.

First of all, the negligence of religion is the major factor that leads our youth into social conflict.Nowadays youth only learn about the religion in their primary school but they failed to practice it in their real life.They cannot understand their religion so they just do whatever they want without thinking the limit of religion. This clearly shows that religion is the main tenant in our life which create the lifestyle of human and guidance to the right path.

Secondly, the uncontrollable development of technology also contributes to this problem.As far as we are concerne,teenage is the stage of life where the individual's curiousity is at a high level. Therefore they are incite to try something new in order to fulfill their desire. For instance, they can easily download anykind of ponography via internet which will lead them to watch it.Furthermore,if they keep watching this kind of material repeatedly, it will encourage them to experience the real situation. So ,this will lead to adultery.This explicitly shows that the uncontrollable development of technology contributes to the social ill.

Next, the bad influence from peer is one of the factors that lead to the social conflict. As the people said, oufr friend is our mirror.I f we are close to the perfume seller,the fragrance of the perfumewill be at us too indirectly.Otherwise, if we are close to the iron smith, indirectly we also set the sprinkle of the coal. This idiom clearly shows that how vital the role of a friend in our life.So when the youth fail to choose the right person to be friend,they will passed through the wrong way. When the youth hang out with their friends,who are smoking or drug addict ,they will influence to do the same things. This obviously shows that social ill came from tha bad influence of peer.

In a nutshell,negligence of religion,uncontrollable development of technology and bad influence from peers contributes to this terrible phenomenon.As the citizen, it is our responsibility to play our role to overcome this problem. So save our future generation!

0 ulasan:

assalamualaikum I hope all of you in a pink of health. Today I want to share about my result on first semester at the university. Actually, ...

My first result at university

assalamualaikum

I hope all of you in a pink of health. Today I want to share about my result on first semester at the university.

Actually, I have tried to check my result online since yesterday. Unfortunately, my university website was in error connection. I became more nervous. My mom gave me support to make me strong and accept whatever the result for my first exam in university system.

Me?As usually,I'm not strong enough when I wait anykind of result.I really worried about it.
I only knew what was my result this morning. My cousin checked it for me from Johor. It was funny. I did'nt know why I can't look my result by myself..haha... Maybe Allah want to test me.

Alhamdullilah, I got an excellent result(actually x de la sgt cemerlang) hihi. I knew Allah always has the reason behind this. I accepted it and I hope I can improve myself and my result. In addition, I knew it was the best for me. Get knowledge because of Allah.

My mum told me to study more effective and struggle enough in order to achieve a good result than before. My mum knew that my main itention in studying not only to get a good result.
Whatever I hope my mum will be happy for what I have achieved since I was kid.

That's all...
see you in the next post...wassalam..

0 ulasan:

comei x?? hihi Make custom Glitter Graphics

siapakah bayi ini??

comei x??
hihi
aku
Make custom Glitter Graphics

0 ulasan:

assalamualaikum' maaf kerana sudah lama saya tidak menghantar apa-apa dalam blog ini,walaupun sekarang saya masih lagi bercuti. Malam ni...

malam yang menyentuh hatiku...

assalamualaikum'

maaf kerana sudah lama saya tidak menghantar apa-apa dalam blog ini,walaupun sekarang saya masih lagi bercuti. Malam ni saya tak boleh tidur. Mungkin terlalu memikirkan keputusan peperiksaan yang bakal keluar awal pagi ini. Saya memang begini orangnya. Seorang yang terlalu memikirkan sesuatu. Saya masih ingat lagi mak selalu kata sifat saya ini diwarisi daripada arwah ayah. Nenek Ujang ada bercerita kepada saya,sewaktu ayah di zaman persekolahan beginilah perangainya.Macam saya. Mesti menangis sebelum result keluar. Ayah lagi lah, belum sampai rumah dah menangis kat tengah jalan.Masa dalam perjalanan nak balik rumah nenek. Tak salah lagi jika ada yang mengatakan saya anak ayah.

arwah ayah tersayang,

ayah
Add Glitter to Pictures




Sebenarnya apa yang nak tulis ini,saya terlalu rindu akan arwah ayah, Ahmad Ramli bin Sumadi. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Walaupun saya sering kelihatan gembira tetapi hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati saya ketika ini. Alhamdullilah saya sudah belajar menerima pemergian ayah tercinta. Walaupun ayah sudah tiada lagi di dunia ini tetapi saya tahu Allah selalu menjaga saya. Kenangan bersama ayah tetap bersemadi dalam ingatan saya. Dari kecil, saya selalu ikut ayah ke sekolah,bank,restoran,surau,balik kampung,kedai dan semuanya. Ayah,satu impian ayah terhadap saya telah tercapai. Saya kini sudah menjejakkan kaki di menara gading walaupun perjalanan untuk menuntut ilmu itu masih jauh lagi. Semoga saya berjaya.Saya pasti menitiskan air mata apabila teringat akan ayah. Saya rindu akan ayah. Saya tidak dapat untuk menyebut gelaran ayah kepada seorang insan yang sangat bererti dalam hidup saya. Ayah telah berusaha membesarkan dan mendidik saya selama 16 tahun,sehinggalah saat ayah pergi buat selamanya dari dunia yang sementara ini. Semoga ayah diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah.


Mak yang tersayang,

mak
Make your own Glitter Graphics






Tidak saya lupakan,insan yang telah mengandungkan saya selama 9bulan dan melahirkan saya, mak yang saya sayangi. Saya sayang mak. Saya bahasakan diri saya sebagai akak sewaktu dengan mak. Akak minta maaf atas salah dan silap akak. Mak saya penyokong dan pemberi semangat utama selepas ketiadaan ayah. Sebenarnya saya hampir berputus asa sewaktu mula-mula kehilangan ayah tapi mak tetap ada di sisi saya untuk memberi semula semangat dan harapan kepada saya. Sekarang mak tinggal sendiri semenjak saya melangkah ke menara gading. Sejujurnya hati saya agak risau meninggalkan mak sendiri di rumah. Mujur ada jiran-jiran yang sangat baik hati. Mereka boleh tolong jagakan mak. Alhamdullilah.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2.18 pagi. Saya khuatir akan keputusan peperiksaan saya untuk semester 1 di CFS IIUM Nilai. Semoga segalanya akan berjalan lancar. Semoga Allah memudahkan jalan saya menuju kejayaan.Hati saya berdebar-debar menanti keputusan peperiksaan pertama saya.Semoga semua sahabat-sahabat saya berjaya juga.

Sekian coretan daripada saya,

................ma'a taufiq wa najjah...............
wassalam..

0 ulasan:

Alhamdulllilah... Sometimes,I can't believe that I'm UIA student now. Now,dah habis sem 1 pun.. tak sedar je. Macam2 aku lalui kat s...

Me and CFS IIUM

Alhamdulllilah...
Sometimes,I can't believe that I'm UIA student now. Now,dah habis sem 1 pun.. tak sedar je. Macam2 aku lalui kat sana. Kenangan ngan kawan2 baru x kan kulupai..nk2 lg dorm E-2-1..SAYA SAYANG KORANG!! Walaupun tak sebilik& sekelas ngan Ecah, she's still my good friend...

Saya kene demam mase kat Nilai dulu..Sampai dah suspek denggi .. Alhamdullilah sumenye sembuh dgn izin Allah. Terima kasih kat kawan2 yg dah jaga saya time tu..

Saya ni kan jenis nervous...haha tapi alhamdullilah sedikit sebanyak saya dpt atasi..Saya amek laws,so hrp2 dpt lwn sifat tu.. Lagi satu, BELLA...Saya terpengaruh sikit ngan sikap die yg konfiden tinggi..Thanks Bella,,Love u...

Kehidupan di U berbeza dgn kehidupanku dulu..Saya telah belajar banyak perkara.Saya nk jd lbh mtg n profesional.. Saya adalah harapan ibuku n arwah ayah

so saya nk terus BERUSAHA!!!!!!!!CHAIYOKK!!!
KEJAR CITA-CITA..nK KUAR JAP SMBG NTI...

0 ulasan:

It was a long time I did not wrote anything here. Alhamdullilah,I got many offers to continue my study. Sorry,now I will write in English to...

thinking about my future

It was a long time I did not wrote anything here.

Alhamdullilah,I got many offers to continue my study. Sorry,now I will write in English to improve my English.So,if anybody read this,please tell me if my grammar is wrong.

I got offers from UNISEL,KIPSAS,KULIYYAH,FORM 6,TEACHER INSTITUTE,MATRICULATION AND UNIVERSITY..I had decided to continue my study at University.I will learn in law field. Syariah law and sivil law. Everyone in my family was extremely happy with it. Now I had new mission to complete my study successfully..I will try to make English as my second language.I will talk and use this language more often.Chaiyok!!!If I able to express my study,I can save my money and age..Pray for me..

0 ulasan:

assalamualaikum haaa!!Dalam dilema lagi..??? risau la. macam-macam la... betul ke matrik leh check hari ni? Saya buka tapi ''under ...

~dalam dilema~

assalamualaikum

haaa!!Dalam dilema lagi..??? risau la. macam-macam la...

betul ke matrik leh check hari ni? Saya buka tapi ''under construction''.Hantar sms x dibalas..Nak sangat tau.

Lepas dah tau kang lega sikit.Tinggal yg UPU dan maktab.Opss satu lg poli..hehe saje minta banyak.Pastu akan terjadilah dilema nk g mana.

Doakan saya dapat buat keputusan yang terbaik...^_^

0 ulasan:

ni gambar sahabat-sahabat lelaki masa jamuan kelas saya 2007 sahabat-sahabat perempuan yang cun

MY FRIENDS

ni gambar sahabat-sahabat lelaki masa jamuan kelas saya 2007

Hosted by RockYouPhotos.com

sahabat-sahabat perempuan yang cun

Hosted by RockYouPhotos.com

0 ulasan:

assalamualaikum Semoga semua dalam keadaan sihat. Hari ini? Macam biasa. Pagi-pagi tolng jaga Aman. Kadang-kadang ''tension''...

SAD AND HAPPY IN MY LIFE

assalamualaikum

Semoga semua dalam keadaan sihat. Hari ini? Macam biasa. Pagi-pagi tolng jaga Aman. Kadang-kadang ''tension'' gak dengan si Aman ni. Hari-hari nak pergi kedai.Bukan beli apa pun.Membazir je beli permainan tu tapi nak buat apa lagi? Namanya budak. Biasalah.Normal.Saya dulu pun cam tu. Teringat zaman kanak-kanak dulu.Kalau nak sesuatu siap bergolek-golek.Lebih-lebih lagi kalau nampak kereta mainan.Apa saja yang berkaitan permainan kenderaan contohnya,bas,lori dan kapal terbang. Semua saya nak!Jiwa saya dari kecil memang minat tengok kereta-kereta.Suka main permainan yang biasanya budak lelaki main. Dulu tak berapa minat main masak-masak.Kurang sikit.haha!Kalau saya masih simpan koleksi kereta-kereta mainan saya,mungkin dah boleh bukak TOYS SHOP kot.hihi!Sekarang ada sebuah je kereta mainan kesayangan saya. Pacuan 4 roda warna oren yang dibeli masa umur 5 tahun.Ok lagi.Koleksi yang selebihnya dah bagi budak-budak yang datang rumah,yang oren tu saya simpan lagi sebab ada kenangan yang sukar dilupakan di sebalik kisah nak beli mainan tu.


Alamak! Melalut pula pasal zaman dahulu.hehe! Kalau cerita pasal dulu,banyak kenangan.Kalau tulis dalam sebuah buku,ok tak? hehe! Gurau je. Siapalah nak baca kisah hidup saya ni..Kan??
Bosan juga duduk rumah ni sementara tunggu tawaran tapi tak pe la.Masa untuk berehat.Asalkan guna sebaik mungkin,takkan rasa bosan sangat. Sekarang ni tengah nak perbaiki kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Buatlah apa yang patut.Saya baca surat khabar NST,tingkatkan ''vocabulary'',dengar dan nyanyi semula lagu Inggeris dan bersembang dengan kawan-kawan siber yang asal dari Eropah.I will try my best.Pray for me!

Oh ye! Baru-baru ni ada apply IKIP pny.Saya baru check.IKIP tawarkan ke Jordan tapi tak tau lagi nak pergi ke tak. Mak macam tak berapa bagi.Saya pun risau akan mak kat Malaysia ni. Keinginan nak belajar kat luar negara tu ada. Saya akan fikirkan dulu.Kalau tak dapat pergi sekarang,satu hari nanti mungkin ada peluang lagi.Belajar kat luar negara dapat timba lebih banyak pengalaman.Belajar kat mana-mana pun ok,asalkan berusaha bersungguh-sungguh,pasti ada kejayaan.Betul tak?Dah usaha kita tawakal pada Yang Maha Esa.

Em...saya nak ambil peluang nak ucapkan selamat berjaya buat sahabat-sahabat yang akan menjalani temu duga untuk biasiswa ke Timur Tengah,khususnya para pelajar dari Al-Khairiah.Saya tak tau pun. Tu yang tak apply.My friend did not told me about it.Maybe dah bukan rezeki saya ke sana.

Setakat ini sahaja coretan saya. Sekian,wassalam...illalliqa'

my friends at Khairiah Islamic school...

Hosted by RockYouPhotos.com

0 ulasan:

alhamdullilah. Hari ini saya bertemu dengan seseorang yang ingin memeluk Islam di myspace. Allah telah memberi hidayah kepada dia. Satu anug...

alhamdullilah

alhamdullilah. Hari ini saya bertemu dengan seseorang yang ingin memeluk Islam di myspace. Allah telah memberi hidayah kepada dia. Satu anugerah yang tidak terhingga. Memang saya ada satu impian. Saya nak sangat bantu apa yg boleh dalam proses bakal saudara baru yang dalam proses ingin mengenal Islam. Hari ni saya mendapat peluang itu. Alhamdullilah. Di samping itu,saya dapat sama2 meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama. Saya akan cuba yang terbaik. Saya akan sentiasa menyokong dia. Dia sebaya dgn saya. Namanya biarlah rahsia dahulu. Dia berasal dari Australia dan pernah tinggal di Indonesia. Semuanya bermula apabila dia menetap di Indonesia. Dia jatuh hati pada agama Islam. Saya harap dia akan jadi seorang muslim suatu hari nanti. Jika ada peluang,setelah dia memeluk Islam,saya ingin bertemu dengan dia.Saya akan cuba ajak dia ke sini. Semoga Allah akan permudahkan jalan bagi dia untuk menuju ke arah yang benar. Amin. Doakan dia ya. Peristiwa ni cukup menyentuh hati saya. Betapa Allah berkuasa terhadap sesuatu. Semoga kita semua dalam rahmat Yang Maha Esa

0 ulasan:

assalamualaikum bismillahhirahmanirrahim.... hari ini 9April2008,saya memulakan blog ni. Saya akan mencurahkan apa-apa saja yang patut di si...

salam perkenalan buat semua teman...

assalamualaikum
bismillahhirahmanirrahim....

hari ini 9April2008,saya memulakan blog ni. Saya akan mencurahkan apa-apa saja yang patut di sini. Izinkan saya memperkenalkan diri. Kenalilah saya dengan nama Imah. Kepada teman-teman yang sudah mengenali diri ini,terima kasih saya ucapkan. Saya sekarang duduk di rumah sementara menunggu tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Doakan saya berjaya mendapat tempat dalam bidang yang saya minati.Saya seorang yang agak pendiam jika teman-teman tidak cuba mengenali saya dengan rapat. Sepupu-sepupu saya sendiri pun akan kata saya ni pendiam tetapi tidak semua,hanya sebahagian daripada mereka. Mungkin sebab kami jarang bertemu.

Mulai sekarang,saya berhasrat hendak belajar bersungguh-sungguh lebih daripada sebelum ini. Mengapa? Saya merasakan kejayaan kita merupakan hadiah yang terbaik buat orang tersayang walaupun kejayaan itu bukan milik kita selamanya. Sekarang saya sedang mencari keyakinan yang lebih terutama apabila berhadapan dengan orang ramai. Saya ni kadang-kadang agak pemalu dan mudah gementar. Saya akan berusaha melawannya untuk tampil dengan lebih berkeyakinan pada masa hadapan.

Saya merupakan bekas pelajar SMAKT Temerloh,Pahang. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada warga pendidik SMAKT khususnya. Tidak lupa juga buat keluarga Al-Khairiah yang telah banyak mengajar saya erti kehidupan ketika berada di alam remaja yang penuh dugaan.

Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih daun keladi buat warga pendidik di Tabika Kemas Chenor,Sek. Keb. Lebak,Temerloh dan kepada sesiapa sahaja yang pernah berkongsi ilmu dan pendapat dengan saya.Kalian semua adalah guru-guru saya walaupun muda daripada saya. Jasa guru-guru tidak terbalas. Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah.

Kepada ibu tercinta,Salmeh bt Ibrahim,akak sayang emak. Semoga emak sentiasa berbahagia dan gembira selalu. Kepada ayahanda,arwah Ahmad Ramli,semoga ayah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Jasa mak dan ayah amat besar buat diri akak.Akak akan cuba buat yang terbaik.

Salam sayang buat saudara mara saya yang mengenali diri ini. Saya sayang anda semua.Terima kasih kerana terus menyuntik semangat kepada saya.Salam rindu buat para sahabat yang sentiasa dekat di hati saya. Semoga kalian semua berjaya di dunia dan di akhirat.

Sekian saja coretan pertama daripada saya. Illalliqa'

0 ulasan: